Make your own free website on Tripod.com

 

METODOLOGI PENYELIDIKAN 2004

 

Apa Itu Penyelidikan ?

 

Menjalankan penyelidikan bermaksud mencari maklumat lebih lanjut mengenai sesuatu perkara , menyelami lebih lanjut, menjalankan kajian menyeluruh atau menyiasat dengan lebih mendalam.

 

Penyelidikan di definasikan sebagai penyiasatan yang penuh berhati-hati, mendalam, secara bijak dan meluas mengenai sesuatu perkara atau subjek spesifik, dengan bertujuan meningkatkan dan meluaskan ilmu pengetahuan manusia sejagat. (Manheim, 1977, mukasurat 4)

 

Penyelidikan adalah aktiviti penyelesaian masalah yang membawa kepada pengetahuan dan penemuan baru dengan mengunakan kaedah mengenalpasti dan persoalan yang sedang digunapakai oleh sarjana-sarjana didalam bidang tersebut. (Helmstadter, 1970, mukasurat 5)

 

Penyelidikan adalah suatu penyiasatan atau ujikaji yang bertujuan menemukan dan mengintrepretasikan fakta-fakta, mengulang semula teori yang diterima didalam penemuan baru atau amalan penggunaan teori atau undang undang dan peraturan baru atau yang digunapakai semula. (Woolf, 1975 mukasurat 984)

 

Penyelidikan adalah persoalan berhati-hati atau pengujian bertujuan mendapatkan atau menemukan maklumat atau perhubungan dan mengembangkan dan mengesahkan pengetahuan tersedia (Rummel dan Ballaine Research and Methodology in Business)

 

Penyelidikan Saintifik adalah kaedah penyelidikan bersistematik dan diperhalusi dengan mengunakan peralatan dan prosedur tertentu bagi mendapatkan penyelesaian bermakna bagi sesuatu masaalah dari pengunaan kaedah yang tidak membawa makna (Rummel dan Ballaine Research and Methodology in Business)

 

Kerjasama adalah dipohon dari peserta kursus untuk memperbetulkan terjemahan-terjemahan berikut , petikan diambil dari nota Hj Kamudin. Rasional permintaan ini adalah untuk melihat sejauh mana peserta memberi kerjasama dan membuktikan :

 

Ho : peserta kursus metodologi adalah kumpulan yang hanya mementingkan diri sendiri ;

 

Ha : peserta kursus metodologi adalah kumpulan yang tidak mementingkan diri sendiri;

 

Mari kita sama-sama tunggu dan lihat beberapa ramai dari peserta yang akan membantu menterjemahkan perkara ini. Tetapi saya yakin ramai akan buat tak peduli sahaja.

 

Ciri-Ciri Penyelidikan

 

Ia bermula dengan satu persoalan didalam pemikiran seorang penyelidik

Ia memerlukan satu perancangan

Ia menuntut kenyataan yang jelas mengenai sesuatu masaalah

Ia melibatkan permasaalahan utama dengan permasalaahan berkaitan

Ia mencari tuju arah melalui hipotesis berkenaan

Ia melibatkan fakta dan makna fakta

Ia adalah berhubungkait

 

Menghimpun dan Menganalisa Data (Prinsip 4A)

 

Availability (Sumber Tersedia)

ia adalah agak sukar untuk mendapatkan data dari menentukan jenis data yang diperlukan

Authenticity (Perakuan)

penyelidik mestilah memastikan ketepatan data

Adequacy (Mencukupi)

merujuk kepada perolehan data samada mencukupi bagi membolehkan kesimpulan sah dinyatakan

Validity (Kesahan)

penyelidik hendaklah memastikan data dan maklumat adalah tepat dan sah

 

Jenis-Jenis Penyelidikan

 

Sejarah (Historical)

 

Membina semula perkara yang selepas secara sistematik dengan mengumpul, menilai, mengesah dan sintesiskan fakta bagi menemukan rumusan yang dipertahankan.

 

e.g. Kajian Asal-Usul Agama Islam di Malaysia

 

bergantung kepada data sekunder yang diperhatikan atau pengamatan;

mestilah mantap, bersistematik dan banyak serta bercambah;

bergantung kepada data primer, dimana penulis memerhatikan kejadian yang direkodkan;

kritikan asas mengambil kira nilai data dalam bentuk kritikan luaran yang mempersoalkan kesahan dokumen dan kritikan dalaman yang mempersoalkan ketepatan dan kerelevanan data;

menyelidik informasi dari sumber yang banyak termasuk bahan-bahan lama dan yang tidak diterbitkan.

 

Petikan (Descriptive)

 

Menerangkan populasi atau kehendak minat secara sistematik dan tepat

 

e.g. Kajian dan definisi keatas bilangan jawatan didalam Jabatan Perkhidmatan Awam

Kajian keatas petani-petani Malaysia

 

berteraskan perasaan untuk menerangkan keadaan

pengumpulan rumusan data yang bercirikan petikan

 

Kajian Tindakan

 

Membentuk kaedah baru dan jalan menyelesaikan masaalah dengan aplikasi terus dengan kehendak dunia pekerjaan

 

menghubung terus keadaan sebenar dengan perubahan orgnisasi

menyediakan rangkakerja teratur bagi menyelesaikan masaalah

fleksibel dan digunapakai

pengstrukturan semula dengan insuran

 

Kajian Tinjauan (Exploratory)

 

Mengkaji sesuatu masaalah, fenomena atau hal baru dalam aturan bertujuan mengetahui, menganalisa atau memperakui masalaah, fenomena atau hal yang dikaji. Dijalankan bagi membolehkan kajian dijalankan atau dijalankan kemudiannya

 

Kajian tinjauan berusaha untuk mendapatkan jawapan bagi soalan-soalan berikut : samada masaalah itu benar-benar wujud, apakah jenis masaalah yang dihadapi, berapa beratkah masaalah tersebut, patutkah kita menumpukan dan memberi perhatian kepada masaalah tersebut.

 

Bergantung kepada tahap liputan kajian

Melibatkan pelbagai disiplin

Bergantung kepada objektif kajian eg. Kajian pengesanan awal

 

Kajian Hubungan (Casual Relationship)

 

Kajian ini mencuba untuk menwujudkan hubungkait pembolehubah. Kajian ini bermaksud sesuatu perkara atau hal adalah factor penyebab atau penentu kepada hasilan perkara atau hal yang dikaji.

 

Bergantung kepada penentuan pembolehubah dependent atau independent

Bergantung kepada ketepatan data yang dikumpul

Bergantung kepada kekuatan hubungkait

 

e.g hubungkait diantara program latihan dengan produktiviti

 

Kajian Eksperimen

 

Kajian ini adalah untuk membuktikan atau memastikan sesuatu keputusan melalui ujian yang dijalankan mengikut sesuatu prosedur atau kaedah sebelum sesuatu rumusan di nyatakan

 

Bergantung kepada kaedah atau teknik ujian dijalankan

Bergantung kepada bilangan /unit ujian yang digunakan

Bergantung kepada kesahan dan kepbolehpercayaan data dalaman

 

References 

 

What Is a Research 

What Is A Survey

A Guide To Writing A Research Paper

Social Science Research Network

American Educational Research Journal

American Journal of Education

American Journal for Vocational Education Research

British Educational Research Journal

British Educational Research Journal

Australian Educational Research Journal

Statistics Research Educational Journal

 

Dibina oleh pada 08/16/2004 dan dikemaskini pada 08/17/2004 Azizi@2004