Make your own free website on Tripod.com

 

METODOLOGI PENYELIDIKAN 2004

 

Pengunaan Pembolehubah bagi Pembinaan Hipotesis

 

Pembolehubah (variables) adalah satu bahan yang berlainan bentuk. Ia adalah simbol bagi pernomboran atau nilai yang dinyatakan e.g jantina, pendapatan, kelas sosial dan sbgnya. Pembolehubah yang di waikil oleh X boleh dimasukkan sebagao sebarang nilai set e.g. dalam kes kepandaian kita memberi nilai sebagai contoh rendah hingga tinggi atau 50 hingga 100. Pembolehubah juga boleh mempunyai hanya dua nilai seperti jantina (lelaki, perempuan).

 

Jenis-Jenis Pembolehubah

 

1 Pembolehubah bebas (independent) adalah pembolehubah yang menjadi penyebab

sesuatu perkara kejadian

2 Pembolehubah bersandar (dependent) adalah pembolehubah yang dihasilkan oleh kesan pembolehubah bebas

3 Pembolehubah aktif adalah pembolehubah yang boleh dimanupulasi seperti cara

pemakanan, kepercayaan politik

4 Pembolehubah penyumbang (attributes) adalah pembolehubah yang boleh dimanupulasi

tetapi boleh di ukur seperti sikap manusia, kebolehan

5 Pembolehubah discrete adalah pembolehubah yang boleh diukur secara unit menyeluruh

seperti bilangan anak didalam keluarga

6 Pembolehubah berterusan (continous) adalah pembolehubah yang boleh mewakili nilai

diantara dua nilai yang diberi seperti tumbesaran kanak-kanak

7 Pembolehubah terkawala dalah sama dengan pembolehubah berterusan

8 Pembolehubah tidak terkawal adalah pembolehubah yang dihasilkanmelalui sesuatu

perkara yang berpunca dari perkara yang lain

9 Pembolehubah kualitatif adalah pembolehubah seperti keadaan rumah, keadaan kesihatan

10 Pembolehubah discrete dichotomous adalah pembolehubah yang mempunyai hanya dua

kelas atau gred seperti Ya atau Tidak, Mati atau Hidup

11           Pembolehubah Kategori Terhad adalah pembolehubah discrete yang mempunyai 3 hingga enam gred seperti taraf perkahwinan -> bujang, bertunangm berkahwin, janda, duda

12           Pembolehubah Kaetgori pelbagao adalah pembolehubah yang mempunyai enam hingga 20 gred seperti gred sekolah

13           Pembolehubah Random adalah pembolehubah yang nilai-nilainya ditentukan secara proses tidak sengaja yang tidak dikawal oleh pemerhati

14           Pembolehubah Constant hanya mempunyai satu nilai K dimana K adalah sebarang pilihan

 

 

 

 

 Dibina pada 08/17/04 dan dikemaskini pada 08/17/2004 oleh Azizi@2004