Blog Tools
Edit your Blog
Build a Blog
RSS Feed
View Profile
Open Community
Post to this Blog
« January 2005 »
S M T W T F S
1
2 3 4 5 6 7 8
9 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31
You are not logged in. Log in
Entries by Topic
All topics  «
Kajian Kes dan Penyelidikan 2004
Friday, 21 January 2005
Agensi Kerajaan Perlu Ada Laman Web Menjelang 2001
Utusan Malaysia

Agensi kerajaan perlu ada laman web menjelang 2001
Perkara itu termaktub dalam Pekeliling Bilangan 1 Tahun 2000, Malaysian Civil Service Link dan Laman Web Agensi kerajaan.

Kata Pengarah Bahagian Pembudayaan dan Tenaga Manusia Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT) Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Sumali Amat, adalah menjadi dasar kerajaan untuk memastikan setiap agensi kerajaan membangunkan dan menerbitkan laman web masing-masing dalam Internet.

Katanya, penggunaan Internet sebagai rangkaian awam kini kian meningkat ekoran penurunan kadar bayaran capaian Internet, wujudnya Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP) percuma dan meningkatnya minat dalam inisiatif berkaitan di kalangan pengguna.

Populariti Internet dapat diukur berdasarkan bilangan pengguna dan kadar pertumbuhan bilangan penggunanya.

Setakat ini jumlah pengguna Internet di dunia dianggarkan 250 juta.

Jumlah ini akan meningkat kepada 349 juta pada penghujung tahun 2000.

Pecahan terperinci penggunaan Internet mengikut benua adalah seperti di atas.

Menurut Sumali, laman web kini digunakan secara meluas untuk menyediakan perkhidmatan dalam talian kerajaan melalui Internet. Setakat ini, hampir 70 peratus agensi-agensi kerajaan telah pun mempunyai laman web masing-masing.

Kata Sumali, kerajaan telah mewujudkan satu laman web perdana yang dipanggil Malaysian Civil Service Link (MCSL).

Laman Web yang diselenggarakan oleh MAMPU ini menghubungkan kesemua laman web agensi kerajaan dan ia boleh dicapai melalui http://mcsl.mampu.gov.my.

"Usaha-usaha kini sedang dijalankan untuk menaik taraf laman web perdana MCSL menjadi portal web perkhidmatan awam,'' ujarnya.

Menurut beliau, berdasarkan kepada tahap dan kecanggihan teknologi yang digunakan, perkhidmatan dalam talian kerajaan boleh dibahagikan kepada dua jenis yang besar iaitu yang berasaskan transaksi dan bukan transaksi.

"Perkhidmatan tidak berasaskan transaksi terbuka kepada pelanggan tanpa melibatkan sebarang pembayaran.

"Ia disediakan dengan menggunakan teknologi asas Internet, tidak memerlukan kos yang tinggi dan mudah disediakan,'' katanya.

Antaranya, tambah Sumali, ialah perkhidmatan penyediaan maklumat, perkhidmatan interaktif, kursus dalam talian serta perkhidmatan Internet.

Sementara itu, kata beliau perkhidmatan berasaskan transaksi pula memerlukan infrastruktur tambahan yang membolehkan sesuatu pembayaran dibuat dengan selamat.

"Penguasa-penguasa tempatan nampaknya telah mendahului agensi-agensi lain dalam mempelopori perkhidmatan berasaskan transaksi,'' katanya.

Beliau memberi contoh perkhidmatan pembayaran cukai pintu yang disediakan oleh Majlis Bandaraya Ipoh, Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Perbandaran Petaling Jaya dan Majlis Perbandaran Klang.

Kata Sumali, di bawah aplikasi perdana kerajaan elektronik, terdapat program perintis yang melibatkan perkhidmatan berasaskan transaksi.

Menurut beliau, di bawah projek perintis ini, pengguna boleh membuat bayaran pendaftaran kenderaan, bayaran lesen memandu, bayaran saman, bayaran bil utiliti dan bayaran mendapatkan maklumat kesihatan.

"Selain menggunakan komputer peribadi, pengguna juga dijangka dapat menggunakan saluran lain seperti kiosk, televisyen interaktif dan talian telefon untuk membuat pembayaran.

Beliau juga memberitahu, terdapat lain-lain perkhidmatan dalam talian yang sekarang ini masih pada peringkat perancangan dan pelaksanaan perintis.

"Antara yang sedang giat diusahakan ialah kad pintar pelbagai guna (KPP),'' ujarnya.

KPP akan bertindak sebagai kad pengenalan dan lesen memandu pemiliknya.

Ia juga akan mengandungi maklumat mengenai pasport, maklumat berkaitan dengan perubatan, rekod saman dan kompaun kata Sumali.

Posted by metos2004 at 12:22 AM WST
Post Comment | Permalink

View Latest Entries