Make your own free website on Tripod.com

 

PENGETAHUAN TEKSTUAL

OLEH

Dr.Haji Razak bin Haji Dali P.K.T

 

BAGAIMANA CIRI DAN SIFAT BUKU MEMPENGARUHI PEMBACA MEMBACA DENGAN BERKESAN

Objektif

n     Mengetahui anatomi buku

n     Mengecam sifat-sifat buku dan buku teks

n     Mengetahui peranan setiap ciri dalam sifat buku dan buku teks

n     Memindahkan pengetahuan membaca kepada kemahiran menulis

n     Menghargai dan menilai hasil bahan bertulis

 

Buku Dibahagikan Kepada Dua Atau Tiga Bahagian

n    Dua Bahagian Buku

         Muka surat berangka Roman (perihal buku)

         Muka surat bernombor Arab (isi kandungan buku)

n    Tiga Bahagian buku

         Bahagian hadapan buku

         Bahagian badan buku

         Bahagian belakang buku

 

Analisis Tiga Bahagian Buku (Pertama)

n     Perkara Bersabit Dalam Bahagian Hadapan:

         muka surat tajuk

         muka surat hak cipta

         muka surat isi kandungan

         muka surat prakata

         muka surat pengenalan

 

         Muka Surat Tajuk

Kefahaman tentang sifat-sifat ini:

Bagaimana anda menggunanya dalam

pengayaan bacaan?

       tajuk sesebuah buku

       nama penulis

       kelulusan penulis

       nama penerbit

       alamat penerbit

 

         Muka Surat Hak Pencipta

Soalan yang perlu anda timbangkan:

       Bilakah dan di manakah buku itu diterbitkan?

       Siapakah yang sama-sama menghasilkan buku itu?

       Apakah maklumat tentang hak cipta?

       Bagaimanakah buku itu diklasifikasikan?

       Mengikut sistem Library of Congress

       Mengikut sistem Dewey Decimal

       Apa itu nombor panggilan?

       Apa itu tracing?

 

(sila baca nota tambahan pada Lampiran A di bahagian akhir nota ini)

 

         Muka Surat Isi Kandungan Buku

Perkara yang tidak dinyatakan secara eksplisist tentang organisasi buku tetapi boleh dikenal pasti oleh pembaca yang tahu:

       bagaimana buku dibahagikan

       bilangan bab

       fokus setiap bab

       struktur retorik yang digunakan (perbandingan, penyeneraian, sebab akibat, perbezaan, klasifikasi, penyelesaian masalah, memberi pendapat/cadangan dll.)

       perhubungan antara maklumat (pertautan dan pertalian antara topik yang dibincangkan)

       tanda dan isyarat yang digunakan (kata-kata hubung yang digunakan menunjukkan retorik yang dibincangkan)

(apabila melihat pada m.s. isi kandungan mesti ada konsep hiraki melalui susunan tajuk-tajuk yang akan dibentangkan di dalam bab itu)

 

         Muka Surat Prakata (Preface)

Anda berkomunikasi dengan penulis, bukan dengan buku.

Maklumat tentang penulis dan buku:

       Mengapakah penulis menulis buku?

       Siapakah pembaca yang ditujukan?

       Apakah fokus bukunya?

       Bagaimanakah maklumat itu disampaikan?

 

Bolehkah pembaca mendapat maklumat tambahan tentang kepercayaan, rasional,

falsafah, dan kedudukan penulis dari prakata?

 

         Muka Surat Pengenalan/Pendahuluan

Perhatikan perbezaannya dengan prakata

       Bahagian ini memainkan peranan yang sama dengan prakata sekiranya bahagian prakata tidak dimuatkan di dalam buku itu.

       Jika bahagian prakata dimuatkan maka bahagian pengenalan hanya menerangkan tentang isi kandungan buku itu.

       Mungkin juga ia menerangkan tentang perkara utama pada setiap bab.

 

 

Bahagian Utama Buku

 

Kini anda telah memulakan proses membaca dan memahami apa yang ditulis oleh penulis. Proses komunikasi berkaitan dengan isi kandungan bermula dari sini.

         Bahagian ini mengandungi:

         perenggan pengenalan

         perenggan-perenggan isi

         perenggan penutup

(Penjelasan tentang konsep dan perbezaan antara perenggan koseptual, perenggan ideasional dengan perenggan fizikal dibincangkan )

 

 

Perkara yang anda perlu lakukan tentang:

         perenggan pengenalan

       mengecam kenyataan tesis

       meneka struktur penyampaian penulis

       mengenal pasti matlamat dan tujuan penulis

       mengikuti persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh penulis

 

Apakah yang unik dan menarik tentang:

         perenggan-perenggan isi

       ayat tajuk

       idea utama dan idea kawalan

       idea-idea sokongan

       contoh

       retoriknya

       kesinambungan ayat dan isi

Apakah asas dan kriteria yang digunakan dalam membina:

         perenggan penutup

       Menentukan kesesuaian penutup

       Menentukan sama ada penulis memuatkan isi penting dalam penutup

       semak isi dalam penutup dengan apa yang kamu (pembaca) dapat fahami

 

 

 

 

Perkara Di Bahagian Belakang Buku

 

Jangan pandang mudah bahagian ini. Ia banyak membantu anda dalam proses mencari maklumat.

 

Bahagian ini mengandungi:

         Bibliografi/Rujukan (Bibliography/References)

         Indeks (Index)

         Lampiran (Appendix/Appendices)

         Glosari (Glossary)

 

 

         Bibliografi dan Rujukan

Fahami betul-betul bahagian ini kerana ada implikasi kepada penulis.

       Bibliografi ialah satu senarai bahan yang telah dibaca/dibuat rujukan berkaitan dengan maklumat di dalam bukunya. (susunan mengikut abjad ada yang dimulakan dengan senarai nama penulis dan ada pula yang membuat senarai mengikut nama buku dulu, ini terpulanglah pada publication manual yang diikuti). Ini bermakna ada buku/bahan yang dirujuk itu dipetik dan dimasukkan di dalam bahan penulisan itu dan ada juga yang tidak disebut pun.

       Rujukan ialah satu senarai bacaan yang telah dibaca dan ada dimuatkan petikan/rujukan ataupun sebutan (citation) di dalam penulisan bukunya. (susunannya juga mengikut abjad)

       Rujukan memberi lebih kekuatan pada sesuatu penulisan. Jika penulis menyenaraikan hanya beberapa bahan rujukan pun sudah kuat hasil penulisan itu (sekurang-kurangnya penulis telah membaca prakatanya) kalau dibandingkan dengan penulisan yang dihasilkan itu memberi senarai yang panjang dalam bibliografi (sebab mungkin ada bahan yang tersenarai tetapi tidak dibaca).

 

         Glosari

Ini ialah satu kamus mini yang dimuatkan di dalam buku kerana penulis bersifat bertanggungjawab terhadap pembaca. Mengapakah ia perlu dimuatkan di dalam buku?

       Ia mengandungi perkataan/istilah yang penulis anggap baru kepada pembaca

       Perkataan/istilah itu mungkin mempunyai makna tertentu di dalam bukunya

       Perkataan/istilah yang digunakan mungkin boleh menimbulkan masalah kepada pembaca

 

Peringatan:

(Glosari samalah dengan senarai kata-kata yang dimuatkan di bahagian hadapan buku yang memberi limitation of terms ataupun definition of terms)

 

         Indeks (Nama dan Subjek)

Apakah agaknya yang anda tidak nampak di dalam

indeks?

       Satu senarai nama dan perkataan yang dipilih oleh penulis yang dianggap penting di dalam bukunya

       Nombor muka surat, indentasi, cetakan italik adalah antara petanda dan isyarat yang boleh membantu pembaca

 

Peringatan:

(Senarai Rujukan yang memberi footnotes dan endnotes gunakan name/authors index dan subject index secara berasingan, tetapi jika buku yang menggunakan senarai bibliografi penulis kerap mengguna name/authors index dan subject index secara bergabung dalam satu senarai)

 

         Lampiran (Appendix) - opsional

Wujudnya bahagian ini boleh dibayangkan sebagai cerita dalam cerita atau perbicaraan dalam perbicaraan. Fikirkanlah!

       Maklumat tambahan tentang sesuatu tajuk yang dianggap penting oleh penulis yang boleh memberi penjelasan lanjut

       Ia dimuatkan di bahagian belakang buku

n Maklumat tambahan yang boleh dipertimbangkan

 

            Ciri Editorial:

Rajah/Figure (tajuknya dan notanya di bawah)

- carta

- graf

- gambar

- ilustrasi

 

Jadual/Table (tajuknya di atas tetapi nota tentangnya di bawah)

- ada lajur dan ada baris

- ada unsur pengiraan

 

Peringatan:

(jadual yang tidak ada unsur pengiraan dipanggil word table dan diklasifikasi sebagai rajah)

 

      Ciri Tipografikal:

(yang dapat membantu pembacaan bagi mereka yang peka pada kehadiran ciri-ciri ini kerana ciri-ciri ini dapat membayangkan tajuk/subtajuk/ciri tertentu)

 

Cetakan

- italik

- boldface

- warna

- nota ruang

- ciri lain ...

 

 

 

 

LAMPIRAN A

 

 

NOTA TAMBAHAN

 

Tanda bacaan:

 

(   )  parentesis
[  ]   bracket
{   }braces

([    ) dibenarkan dalam penulisan
[( ]) tidak dibenarkan dalam penulisan kreatif dan ilmiah (tetapi dibenarkan dalam   

               penulisan bidang matematik/statistik) 

! tanda seru diletakkan di akhir ayat seru

, koma diletakkan selepas kata seru dalam ayat seru

 

contoh ayat: Wah, cantiknya baju Aminah!

 

ellipsis, penggunaannya terhad pada bahagian ayat yang tidak hendak

dilengkapkan, ia tidak boleh diletak pada permulaan ayat kecuali

setelah ditulis beberapa perkataan sebagai permulaan, sila rujuk pada

publication manual ataupun Gaya Dewan

 

: kolon/titik bertindih, bilakah frasa/ayat selepas kolon dimulakan

dengan huruf besar?

 

 

Buku terbahagi kepada 2 bahagian iaitu bahagian awal buku yang dinomborkan menggunakan angka roman kecil. Muka surat CIP Catalogue in Publication (pengkatelogan dalam penerbitan)/editors or publishers page termasuk di bahagian awal buku dan mengandungi maklumat:

 

call number/nombor panggilan - yang diberi oleh pustakawan untuk menyusun buku sama ada menggunakan Dewey decimal system (000 -999)/Library Of Congress (menggunakan abjad A-Z)

 

tracing other areas that aremenunjukkan bidang-bidang lain yang sesuai digunakan buku tersebut (dicetak selepas call number - I ... II ... III ...) subject heading

 

tahun penerbitan buku - contohnya buku yang diterbitkan pada tahun 1999 - ini bermaksud bahawa bahan di dalam buku itu sudah ketinggalan 10 tahun kerana untuk diterbitkan biasanya memerlukan masa 1 tahun, seseorang penulis memakan masa kurang lebih 3 tahun untuk menulis/menyediakan bukunya, ini bermakna beliau mula menulis pada tahun 1995, dia pula membuat rujukan pada buku-buku yang ditulis dalam tahun 1994 yang pula ditulis pada tahun 1990 (kenyataan ini benar terutama sekali untuk buku-buku ilmiah)

 

hak cipta terpelihara pada asasnya bermaksud pembaca/orang ramai tidak boleh membuat keuntungan atas kesusahan/kepayahan seseorang lain menulis buku, tetapi pada kebiasaannya boleh digunakan untuk tujuan lain seperti dalam bidang akademik seperti penulisan kertas kerja, seminar dll.

 

         ISBN/ISSN - International Standard Book Number/International Standard Serial Number dikeluarkan oleh perpustakaan negara dan setelah diluluskan oleh KDN

 

         edisi apakah implikasi yang dapat dibuat apabila sesebuah buku itu diterbitkan dalam edisi kedua, ketiga atau seterusnya? Ia memberi implikasi bahawa buku tersebut telah melalui beberapa perubahan pada isi kandungan, bahasa, ciri-ciri editorial ataupun tipographikal, dan juga mungkin pada keseluruhan buku itu.

 

bilangan cetakan/printing jika dicetak berulang kali maknanya buku itu laris dijual dan berkemungkinan baik dari segi isinya kerana ramai yang membelinya/diperlukan mempunyainya

 

 

 

 

 

 

RDSSA/ssa/2002