Make your own free website on Tripod.com

MAKNA DAN ISTILAH

(Nota Penulisan dan Pembacaan Berkesan, Kursus Metodologi Penyelidikan dan Analisis Statistik INTAN 2004 oleh Runding Saran)

 

 

1. Mesyuarat (Meeting)

 

-         perjumpaan/pertemuan oleh sesuatu badan/persatuan/kumpulan yang terdekat dengan tujuan menyelesaikan beberapa masalah melalui proses perbincangan

-         dua jenis mesyuarat iaitu taklimat (satu hala sahaja) dan mesyuarat untuk menyelesaikan masalah (dua hala),

-         mesti ada agenda yang disusun dan perbincangan diadakan secara tersusun dan bertatacara serta dipengerusikan oleh seorang pengerusi mesyuarat,

-         ahli mesyuarat dilantik dan boleh bersuara/memberi pendapat,

-         kehadiran tidak bebas iaitu harus dijemput sama ada sebagai ahli mesyuarat ataupun pemerhati (pemerhati ataupun wakil tidak boleh secara bebas memberi pandangan ataupun memberi cadangan sebab mesti mendapat persetujuan ketua jabatan sebelum dibenarkan membuat sesuatu keputusan yang melibatkan jabatannya)

 

  1. Kolokium (Colloqium)

 

-         satu perjumpaan/persidangan dalaman iaitu di kalangan anggota sesuatu

jabatan/pusat yang bersifat akademik/ilmiah dan tidak formal,

-         perbincangan tentang sesuatu tajuk yang bersifat falsafah/konsep/prinsip yang dibentangkan oleh seseorang ahli,

-         tidak perlu satu keputusan dicapai/tiada resolusi dicapai,

-         kehadiran atas jemputan tetapi kolokium dalaman boleh bersifat bebas kehadirannya

 

  1. Simposium (Symposium)

 

-         pertemuan antara para cendekiawan yang membincangkan sesuatu tajuk (mungkin berdasarkan sesuatu tema) yang dibentangkan oleh lebih daripada seorang pembentang,

-         kehadiran tidak terbuka tetapi berdasarkan jemputan,

-         ada resolusi/keputusan yang dicapai

 

  1. Forum

 

-         perjumpaan untuk membincangkan satu perkara/tema yang menjadi kepentingan awam secara terbuka,

-         panel terdiri daripada seorang pengerusi dan beberapa ahli forum (pemforum) dipilih dan dilantik,

-         diberitahu kepada panel apakah yang akan ditanya dan panel membuat persediaan,

-         perbincangan berbentuk terkawal dan pada akhir majlis akan dibuka kepada para hadirin/audiens untuk mengemukakan soalan, tiada resolusi dicapai

  1. Seminar

 

-         satu perjumpaan yang besar yang membincangkan satu tema yang dipecahkan kepada beberapa subtajuk yang ditangani oleh beberapa orang yang sama ada dijemput untuk membentangkannya ataupun atas permintaan pembentang,

-         dalam beberapa sesi selari (parallel sessions) yang mungkin memakan masa antara satu hingga lima hari, ada pengerusi ataupun pengacara majlis,

-         ada ucaptama (ucap utama),

-         ada pelapor yang mencatat apa yang tidak tercatat di dalam kertas kerja yang sedang dibincangkan secara ringkas,

-         pada akhir sesi dibuka untuk soalan, akhirnya ada satu sesi planery/sidang pleno untuk membuat rumusan/keputusan,

-         kehadiran atas jemputan/permintaan audiens

  1. Persidangan/Muktamar (Conference)

 

-         lebih besar daripada seminar (kadang kala boleh terdiri daripada ratusan/ribuan peserta),

-         pertemuan secara formal untuk bincang/bertukar-tukar pendapat dan maklumat di kalangan pihak-pihak yang mempunyai minat dan kepentingan bersama (muktamar/persidangan)

  1. Konvensyen (Convention)

 

-         perjumpaan yang paling besar (biasanya dalam dunia korporat),

-         ada kalanya mencecah beribu-ribu orang,

-         akan membincangkan sesuatu perkara, yang membincangkan isu kepentingan bersama, contoh konvensyen UMNO, konvensyen Yamaha dll.

 

Dibina pada 13/7/04 dan dikemaskini pada 07/13/2004 ole Azizi@2004