Make your own free website on Tripod.com

PANDUAN PENULISAN TEKS EKSPOSITORI

 

Proses Penulisan

 

Proses penulisan memerlukan penulis melalui setiap peringkat penulisan dari peringkat persediaan untuk menulis sehinggalah penghasilan manuskrip (draf terakhir).

 

Biasanya bahan yang susah ditulis senang dibaca kerana kesemua proses telah melalui beberapa kali dan pelbagai peringkat pengeditan. Buku ataupun bahan penulisan yang dihasilkan dalam masa yang singkat sukar dibaca kerana penulis mungkin tidak memberi perhatian kepada proses penulisan itu secara terperinci.

 

Apakah itu penulisan?

         satu perlakuan

         satu cara/bentuk/proses komunikasi di mana dua pihak terlibat, seelok-eloknya pihak-pihak yang berkongsi pengalaman dan pengetahuan yang sama iaitu pihak yang menyampaikan dan pihak yang menerima dengan menggunakan satu bentuk koda (sistem penulisan) yang diterima oleh mereka (dalam sesuatu masyarakat) secara tersusun dan teratur mengikut bahasa yang difahami

 

 

Peringkat-peringkat Penulisan

         peringkat prapenulisan

       memikirkan apa yang hendak ditulis

       memikirkan kumpulan yang akan menjadi sasaran penulisan itu (audiens/pembaca buatlah analisis audiens/pembaca)

       mencari tajuk yang mampu ditulis (berdasarkan latar belakang pengetahuan dan pengalaman penulis, juga mesti buat kajian dan penyelidikan untuk mendapatkan data sokongan)

       mencari rakan untuk membantu dalam penulisan menulis dalam kumpulan, dan menilai kerja kita

       menjuruskan tajuk mengikut kemampuan

       membina kerangka penulisan (skema/skemata organisasi pemikiran)

 

         peringkat organisasi

       menyusun penulisan pada peringkat permulaan, isi, dan penutup

       membina perenggan

       menyokong penghujahan dengan data yang tepat dan benar

 

         peringkat penulisan draf

       draf manuskrip tidak dapat dilengkapkan dalam satu percubaan

       draf harus melalui beberapa peringkat penyemakan dan pembetulan

       proses penyuntingan akan berterusan

       draf wajib diserah untuk dibaca oleh orang lain

 

         peringkat penulisan manuskrip terakhir

       perlu melalui proses penyuntingan yang terperinci (line editing membaca baris demi baris)

 

Faktor-faktor yang mempengaruhi penulisan seseorang: faktor pendidikan, agama, sosial/budaya, sains dan teknologi

 

 

4 perkara yang perlu ada pada seseorang yang bergelar pembaca/penulis/penyelidik ialah:

 

1. pengetahuan:

-          bahasa - bermula dari fonologi (kajian bunyi huruf),

-          morfologi (bidang pembentukan kata), sintaksis (bidang pembentukan ayat), dan

-          semantik (bidang pengkajian makna);

-          dan sistem tatabahasa (sepatutnya tahu segala-galanya tentang bahasa sebagai satu alat untuk berkomunikasi)

Sepatutnya seseorang itu ada Kamus Dewan, buku Tatabahasa Dewan, buku tatabahasa bahasa Inggeris (ataupun ambil dari internet - Armchair Grammarian), kamus bahasa Inggeris dan kamus dwibahasa bagi membantunya menulis ataupun membaca.

 

-          isi kandungan ilmu pengetahuan perlu ada supaya bahan yang hendak dibaca/ditulis (ilmiah) itu berwibawa dan perlu ada dokumen/data sokongan,

-          jika ada cukup pengetahuan tentang apa yang hendak dikatakan/ditulis barulah lancar pertuturan/penulisan seseorang itu,

-          jika ilmu pengetahuan masih belum mencukupi,

-          haruslah dibincang/dicari/ditimba/didapati dari sumber-sumber yang ada seperti daripada resource person/pakar rujuk dan dari buku-buku, internet (reading [communication] is only effective if the in-coming information can be related to the existing knowledge)

 

THE NOTES WENT SOUR BECAUSE THE SEAMS SPLIT.

-          teks ada sifat/rupa yang tertentu pada sesuatu teks yang membezakannya antara satu dengan yang lain (ia merupakan alat untuk berkomunikasi antara penulis dengan pembaca),

-          tahu dan faham sifat-sifat yang ada pada teks dan apakah fungsi sifat-sifat itu,

-          bagaimana sifat-sifat itu membantu pembaca pada masa dia membaca,

-          tahu tentang organisasi teks itu iaitu ada pengenalan, isi, dan penutup

 

- skrip penulis/pembaca harus tahu tentang jenis tulisan (jawi, rumi, dan skrip lain), ejaan, tatabahasa, olahan ayat, dan retorik penulisan seperti:

sebab akibat

- penyenaraian

- perbincangan

- penerangan

- perbandingan

- perbezaan

- klasifikasi - (... boleh dibahagikan kepada ...)

- memberi definisi (X ialah Y yang Z ayam

ialah sejenis burung yang tidak boleh

terbang)

- membuat analisis

- membuat sintesis

- memberi generalisasi dll.

Penulisan ekspositori haruslah berdasarkan fakta iaitu ada bahan yang didokumentasi, direkod, ada dalam simpanan, dan boleh dikeluarkan maklumat pada bila-bila masa. Fakta boleh berbentuk bahan yang didokumenkan ataupun bahan fizikal/real evidence. Ia berbeza dengan bahan kreatif yang bebas cara penulisannya sedangkan untuk bahan ekspositori cara penulisan harus mengikut gaya yang betul dan berstruktur. Penulis harus mengikut struktur perenggan yang sepatutnya iaitu yang mempunyai ayat tajuk (ada idea utama dan idea kawalan), ayat sokongan, dan contoh-contoh.

(maklumat boleh jadi fakta ataupun bukan fakta iaitu sama ada terdapat bahan yang didokumenkan ataupun tidak)

 

Seseorang penulis tidak boleh menyatakan saya percaya , saya rasa , saya fikir, dan pada pendapat saya tanpa membuat rujukan pada sesuatu fakta/bahan yang telah didokumenkan.

 

2. kebolehan dan keupayaan (sikap)

 

kebolehan terdiri daripada:

kebolehan mental (mesti boleh berfikir secara kritis membina atau bertanya soalan-soalan 5w what/where/when/who/why, dan 1h - how)

kebolehan fizikal (kesihatan fizikal supaya mudah membaca/menulis/membuat penyelidikan)

 

keupayaan (sikap) terdiri daripada:

keupayaan fizikal -tiada kecacatan yang boleh menghalang kita melaksanakan tugas

 

keupayaan mental - boleh tahan tekanan-tekanan yang diterima semasa melaksanakan tugas

 

kebolehan boleh dipertingkatkan dengan latihan dan lama-kelamaan akan menjadi kemahiran

 

3. kemahiran - sesuatu perlakuan (sama ada perlakuan mental ataupun perlakuan fizikal) yang dibuat secara automatik tetapi sempurna perlakuan itu, dibuat secara spontan tanpa memikirkan perlakuan itu, terdiri daripada kemahiran mental dan kemahiran fizikal (kemahiran tidak boleh diajar tetapi setelah ada pengetahuan dan keupayaan kemahiran boleh didapati melalui amalan)

 

Seseorang penulis/ahli penyelidikan harus mempunyai kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Kemahiran mendengar dan membaca ialah kemahiran reseptif (penerimaan/menerima maklumat) dan kemahiran bertutur dan kemahiran menulis ialah kemahiran produktif (pengeluaran/mengeluarkan maklumat)

 

Penulis juga mesti ada:

       keinginan untuk menulis

       objektif untuk menulis

 

4. strategi - perlakuan-perlakuan/aktiviti sebelum, semasa, dan selepas membaca/menulis/membuat penyelidikan

 

Tanggungjawab Seorang Penulis

 

         Mendapatkan idea untuk bahan/buku yang ditulis (sumber idea) (buat tinjauan bacaan/literature review melalui penyelidikan/kajian di perpustakaan, bertanya kepada pakar)

         Proses menghabiskan satu manuskrip yang sempurna amat renyah dan penuh beban (penulis harus bersabar, tidak boleh berputus asa kerana proses penulisan itu memakan masa dan tidak dapat dilaksanakan sekali gus), dalam penulisan bahasa penulis harus secara kiss keep it short and simple; dan maklumat yang disampaikan secara precise, concise, direct, and accurate

         Elak daripada melakukan kesilapan besar (jangan bercanggah dengan konsep/teori yang sedia ada, mesti ikut norma penulisan yang biasa, jangan paksa pembaca bersetuju dengan apa yang dikemukakan)

         Setiap pembaca boleh membuat andaian sendiri (pembaca boleh bersetuju atau tidak bersetuju dengan apa yang dikemukakan)

         Penulisan yang telah diselesaikan masih ada ruang untuk pembetulan (sebab itu dalam penulisan buku ada edisi seterusnya kerana dibuat pindaan/pembetulan/tambahan)

         Ada pertimbangan dan rasa apresiasi (penulis ada perasaan bangga dengan hasil penulisannya, jika boleh berikan ganjaran kendiri setelah selesai sesuatu tugas yang mungkin dirasa membebankan)

 

 

PENULISAN BERKESAN

 

Pengetahuan tentang konsep

 

Dalam semua bidang tugas kita, kita perlu tahu dan jelas tentang konsep.

 

1. Perbezaan antara: nyatakan, terangkan, jelaskan, huraikan

 

nyatakan - berikan satu kenyataan dengan amat ringkas/ayat tajuk yang ringkas sahaja, biasanya dalam bentuk frasa/klausa sahaja (the bare facts/outline sahaja) tentang sesuatu perkara (bentuk point form/penyenaraian listing) yang diberikan ialah idea utama sahaja

 

terangkan berikan isi/idea utama sahaja (main idea) dalam ayat tajuk yang penuh sahaja

 

jelaskan berikan idea utama, idea sokongan dan juga sedikit contoh

 

huraikan memberi sesuatu jawapan/penerangan secara satu persatu dengan teliti dan terperinci (ada isi/idea utama, isi/idea sokongan, dan contoh-contoh yang jelas dan tepat secara tersusun dan teratur) tentang satu perkara sahaja

 

2. Perbezaan antara analisis dengan sintesis

 

analisis 1 perlakuan untuk menghurai data dengan mencerakin sesuatu kepada bahagian yang terkecil dan kajian yang dibuat itu secara terperinci mengikut kekunci yang disediakan (contohnya sebiji epal dibelah pada banyak bahagian mungkin pada 32/lebih potongan, ambil 1 potongan dan lihat dengan sedalam-dalamnya satu bahagian itu selepas dipotong lebih halus lagi)

 

sintesis proses mencantumkan/menyatukan semula perkara yang telah dianalisis secara tersusun untuk dibuat kajian bagi membuat kesimpulan (seperti tugas sebuah sintesizer iaitu mencantumkan muzik bagi melahirkan muzik yang menyamankan/sedap didengar)

 

3. Perbezaan antara bandingkan (compare) dengan bezakan (contrast)

 

bandingkan membandingkan dua benda yang sama dengan melihat pada (sifat-sifat) persamaan dan perbezaan yang ada pada kedua-duanya

 

bezakan melihat pada dua benda yang berbeza dan melihat pada ciri-ciri yang membezakan kedua-duanya

 

4. Perbezaan antara sungguhpun dengan walaupun

 

sungguhpun digunakan pada situasi yang sebenarnya berlaku/wujud/nyata

 

walaupun digunakan pada situasi yang tidak benar/belum berlaku/tidak mungkin berlaku, seerti dengan kendatipun, kalaupun

 

contoh ayat: Walaupun hidup seribu tahun kalau tidak sembahyang tiada gunanya.

 

5. Perbezaan antara ulas (review), sunting (edit), kritik, dan tanda

 

ulas (review) - memperkatakan hanya yang baik/positif sahaja tentang sesuatu perkara (kelemahan/keburukan tidak dinyatakan)

 

sunting (edit/proof reading) - mengenal pasti/mengecam/melokasikan kesilapan/kelemahan dalam penulisan, penyunting hanya memberi cadangan kepada penulis untuk membetulkannya (jangan gunakan pen berdakwat merah), penulis berhak tidak mahu membuat pindaan/pembetulan

 

kritik/komen - memperkatakan sesuatu yang menunjukkan perbezaan pendapat dengan penulis/menyatakan sesuatu yang dirasakan buruk tentang sesuatu perkara, mengenal pasti kesilapan dengan menunjukkan bukti kesilapan dan memberi alternatif/alasan/cadangan untuk membetulkan keadaannya orang yang boleh mengkritik ialah orang yang pakar/tahu dalam bidang itu

 

tanda menggunakan pensel ataupun pen (biasanya berdakwat merah) untuk menandakan kesilapan, terutamanya pada bahan penulisan pelajar

 

6. Perbezaan antara: matlamat, tujuan, objektif (goals, aims, objectives)

 

matlamat pada peringkat tinggi (setaraf dengan falsafah), belum dilaksanakan lagi, hanya berteraskan/berpandukan falsafah/konsep/teori; biasanya pada peringkat wawasan ataupun baru pada peringkat perbincangan

 

tujuan untuk dilaksanakan/diamalkannya/dicapai; memang boleh dilakukan tetapi belum dilaksanakan; berasaskan prinsip dan rasional, peringkat lebih tinggi daripada objektif

 

objektif untuk mendapatkan sesuatu/pencapaiannya/hasil sebenarnya apabila dilaksanakan, contohnya pengajaran di dalam bilik darjah ialah untuk mencapai sesuatu objektif pengajaran dan pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran ataupun kurikulum

 

7. Perbezaan antara: falsafah, konsep, teori, (cadangan) prinsip, rasional (laporan)

Falsafah timbul apabila seseorang itu berfikir (seorang ahli fikir), penghujahan umum yang dihasilkannya itu ialah hasil daripada pemerhatiannya tentang sesuatu kejadian, apa yang dikemukakan berada pada tahap yang sangat tinggi dan boleh bersifat sejagat (universal), dibuktikan melalui penghujahan/penjelasan/penerangan konsep-konsep yang ada di dalamnya

 

konsep terbit daripada falsafah satu pemikiran yang boleh dibuktikan melalui satu kajian saintifik (berobjektif, secara tersusun, terancang dan, boleh diukur)/satu penerangan/penghujahan tentang falsafah yang boleh dibuktikan dengan teori

 

teori satu penyataan umum yang dipersetujui oleh sekumpulan orang (hipotesis/soalan kajian) tentang sesuatu kejadian yang boleh dicari buktinya melalui kajian/

penyelidikan yang berlandaskan prinsip (hasil daripada pelaksanaan prinsip/langkah/peraturan)

 

prinsip peraturan-peraturan/garis panduan yang ditetapkan/satu kebenaran atau satu proposition yang sangat jelas dan tidak boleh disangkal atau dikontradiksi melainkan ada satu proposition/dalil yang lebih jelas daripadanya

 

rasional sesuatu penghujahan tentang sesuatu kejadian atas kebenarannya dan mesti ada dalil/data/fakta/bukti fizikal yang menyokong/menunjukkan kekuatan sesuatu (dalam hubungan harian biasanya manusia berbincang pada peringkat rasional)

 

 

8. Perbezaan antara: pendekatan (approach), kaedah (method), teknik, dan cara

 

pendekatan berasaskan falsafah, konsep dan teori (belum terlaksana), pendekatan kualitatif ataupun kuantitatif

 

kaedah cara pelaksanaan di dalam bilik darjah (contoh kaedah survey)

 

teknik cara melaksanakan sesuatu/amali

(contoh temu ramah secara terus/face to face)

 

cara - (objektif spesifik) memberi langkah demi langkah melaksanakan sesuatu

 

 

Kefahaman dapat berlaku jika konsep jelas

 

PERENGGAN

 

Perenggan dalam penulisan ekspositori/ilmiah tidak sama dengan perenggan dalam penulisan kreatif/bebas (kadang-kadang satu perenggan satu perkataan sahaja) dan perenggan dalam bidang kewartawanan (biasanya satu ayat satu perenggan). Dalam penulisan ekspositori/berorganisasi/ilmiah perenggan tidak boleh terdiri daripada 1 ayat sahaja.

 

         perenggan fizikal penghujahan tentang satu isi dalam bentuk bertulis dan ayat-ayatnya bersambung-sambung

       ia bermula dengan huruf besar

       berakhir dengan tanda titik (titik/tanda soal/tanda seru)

       terdiri daripada dua atau lebih ayat

       perenggan pertama tidak boleh dimulakan dengan kata sendi (oleh itu, seperti, dan dll.)

       mempunyai satu idea/isi yang dimuatkan dalam ayat-ayat yang berkaitan/ada pertautan ataupun pertalian dengan penggunaan kata-kata hubung/berkaitan (kata ataupun frasa seperti: dan, tetapi, dengan itu, oleh sebab itu, sebaliknya, sehubungan dengan itu dll.)

       menunjukkan retoriknya sama ada menunjukkan perbincangan, perbandingan, perbezaan, penyenaraian, penerangan, sebab akibat, penegasan, arahan, klasifikasi, analisis, sintesis, eklektik/eclectic (gabungan lebih daripada satu retorik tetapi satu retorik mestilah lebih dominan daripada yang lain) dll.

       jadual ataupun rajah yang dibincangkan dalam perenggan itu termasuk di dalam perenggan itu dan menjadi sebahagian daripada perenggan itu, sungguhpun ia kelihatan sebagai terpisah dengan beberapa ayat, ia masih mempunyai satu isi sahaja dan rajah serta jadual itu merupakan contoh/idea sokongan sahaja (lihat di mana rujukan pada rajah/jadual itu disebut, ia termasuk dalam perenggan itu)

 

Dalam penulisan ekspositori sebuah perenggan fizikal yang baik ada:

 

       ayat tajuk (pada awal perenggan) yang ada idea utama (main idea) dan idea kawalan (controlling idea)

       ada juga ayat sokongan (supporting sentences)

       elok ada ayat contoh (examples)

       dan elok juga ada ayat penutup

       biasanya mengandungi antara 10-15 ayat

       mengandungi 100-150 patah perkataan

 

Contoh ayat dalam perenggan:

 

A. _ ayat tajuk (ada idea utama dan idea kawalan) _____. B. _ ayat sokongan______. C. _____ ayat contoh untuk ayat B ___. D. ___ ayat sokongan____. E. __ ayat contoh pada ayat D ___. F. ______ayat sokongan_______. G. ____ ayat contoh pada ayat F ___. H. ___ ayat sokongan________. I. _________ayat contoh pada ayat H ___. J. __ayat penutup_____.

 

Peminjam buku di perpustakaan dikenakan beberapa syarat. Peminjam (idea utama) dikenakan (idea kawalan - yang akan dibincangkan/diluaskan seterusnya)

 

Peminjam buku di perpustakaan dikenakan beberapa syarat. Syarat yang pertama yang harus dipatuhi ialah peminjam mestilah menjadi ahli. Untuk menjadi ahli, perpustakaan mengenakan bayaran. Bayaran yang dikenakan tidaklah mahal, hanya beberapa ringgit sahaja. Syarat kedua ialah peminjam diberi tempoh peminjaman. Sekiranya peminjam tidak memulangkan buku sebelum tamat tempoh peminjaman dia akan dikenakan denda. Denda yang dikenakan bergantung pada berapa lama buku itu disimpan dan tidak dipulangkan. Syarat yang lain yang dikenakan ialah peminjam tidak dibenarkan mengoyak atau merosakkan buku dengan catatan, tulisan, dan lakaran. Untuk tidak menyusahkan peminjam, peminjam dinasihatkan supaya mengikut segala syarat yang dikenakan untuk meminjam buku perpustakaan.

 

 

 

 

LITERATURE REVIEW

Introduction

Body: contoh tajuk dan subtajuk (perenggan konseptual

dan ideasional/subideasional)

Metacognition - konsep

Self-monitoring - ideasional

thinking aloud - subideasional

retelling - subideasional

 

CONTOH PERENGGAN KONSEP, IDEASIONAL, DAN SUBIDEASIONALPENCEMARAN ALAM: ISU DAN PENYELESAIANNYA

(setiap satu kotak melambangkan satu perenggan fizikal)

A1 Pengenalan B9 penutup D1 P. BUNYI E4

(Kenyataan konsep (K. Tesis)

Tesis - KT)

A2 (A. tajuk) C1 P. AIR D2 E5 (ii)sisa toksid

(K. Tesis)

B1 P. UDARA C2 D3(i) kenderaan E6

(K. Tesis)

 

B2 C3 (i) sungai D4 E7

 

B3 (i) Jerebu C4 (ii) D 5 (ii) kilang E8 (iii) hakisan

 

B4 C5 (i) tasik D6 E9

 

 

B5 C6 (ii) D7 penutup E10

konsep

B6 (ii) Asap C7 (i) laut E1 P. BUMI E11

(K. Tesis)

 

 

B7 C8 (ii) E2 E12 Penutup

konsep

 

B8 C9 penutup E3 (i) sampah F1 Penutup

konsep Esei

 

A 1 A2 Perenggan Pengenalan

B, C, D, E, perenggan-perenggan konseptual (UDARA, AIR, BUNYI, BUMI), F - penutup

B1B 9, C1-C9, D1-D7, E1-E12, setiap satu menunjukkan perenggan-perenggan yang berkaitan dengan KONSEP (UDARA, AIR, BUNYI, BUMI); F1 perenggan penutup esei

B3, B6, C3, C5, C7, D3, D5, E3, E5 dan E8 ialah perenggan-perenggan ideasional (UDARA - jerebu, asap, AIR sungai, tasik, laut, BUNYI - kenderaan, kilang, BUMI - sampah, sisa toksid, hakisan). Jika ideasional dibincangkan lebih kecil e.g. Sungai bandar, Sungai luar bandar ia menjadi perenggan subideasional

         perenggan pengenalan duduknya di atas sekali, pada permulaan penulisan, yang baik harus menjelaskan dua perkara:

1.      tujuan penulis menulis tajuk itu

2.      fokus perbincangannya

perenggan pengenalan tidak semestinya satu perenggan

fizikal tetapi ada kalanya agak panjang tetapi kenyataan

tesisnya (ayat tajuk yang terdapat dalam perenggan

pertama di dalam perenggan pengenalan bab, yang

mengawal perbincangan keseluruhan bab/hasil

penulisan) masih satu sahaja, perenggan pengenalan

mungkin dalam satu, dua ataupun lebih perenggan fizikal

 

         perenggan isi - bahagian yang paling panjang yang menghuraikan isi penulisan, dalam banyak perenggan fizikal

 

         perenggan penutup letaknya di bahagian akhir penulisan. Ia mempunyai implikasi sama berat tugasnya dengan perenggan pengenalan, sepatutnya perenggan penutup harus sehaluan dengan perenggan pengenalan. Penulis boleh memberi kesimpulan, cadangan, pandangan, penegasan, generalisasi, cliff hanger, dll. berdasarkan retorik perenggan-perenggan isi di atas dan berdasarkan objektif penulisan, pilihlah penutup yang paling sesuai dengan retorik. Perenggan penutup mesti ditutup dengan ayat penutup yang harus dimulakan dengan kata-kata yang sesuai (janganlah gunakan kata-kata yang terlalu eksplisit seperti untuk mengakhiri perbincangan ini, sebagai penutup, dll.)

Ada kalanya penulis menggunakan pendekatan eklektik untuk menutup penulisannya iaitu menggunakan ayat-ayat yang menunjukkan struktur retorik yang berbeza-beza berdasarkan pelbagai struktur retorik perenggan-perenggan di dalam penulisannya ataupun penulis bolehlah memilih satu retorik yang dominan untuk menutup penulisannya. Biasanya perenggan penutup tidak mengandungi contoh dan mungkin dalam satu ataupun dua perenggan fizikal sahaja.

 

Apakah ada dalam perenggan ilmiah?

         kenyataan tesis/thesis statement terdapat dalam perenggan pertama sesuatu bab/laporan/hasil penulisan/perenggan konseptual/perenggan ideasional, iaitu pada bahagian pengenalan bab dan ia yang akan mengawal perbincangan keseluruhan bab/laporan/hasil penulisan/perenggan konseptual/perenggan ideasional, biasanya merupakan satu kenyataan umum (ayat generalisasi)

 

         ayat tajuk/topic sentence - biasanya ayat tajuk terletak di dalam ayat pertama/permulaan sesuatu perenggan (sama ada dibuat satu generalisasi, memberi definisi ataupun boleh jadi satu perbandingan, dll.) tetapi kadang-kadang terdapat juga pada ayat lain sama ada pada bahagian tengah ataupun akhir dan ia merupakan ayat yang terpenting dan mengawal perbincangan sesuatu perenggan, di dalam ayat tajuk dan juga kenyataan tesis biasanya ada:

      idea utama (main idea) idea utama biasanya terletak dalam ayat tajuk, biasanya didapati pada awal perenggan tetapi tidak semestinya begitu (ia mengawal perbincangan tetapi bukan yang akan dibincangkan)

      idea kawalan (controlling idea) idea yang menyokong idea utama/keterangan-keterangan yang menyokong idea utama

Contoh:

Jika anda hendak mendaki Gunung Kinabalu (idea utama) anda mesti sihat. (idea kawalan inilah yang hendak dibincangkan iaitu badan yang sihat yang bagaimanakah yang diperlukan sebelum boleh mendaki GK, dan jika tidak sihat apa yang akan terjadi.)

 

Pencemaran sungai berlaku (idea utama) kerana penduduk di sekitar tidak mempunyai kesedaran. (idea kawalan)

 

Kerajaan telah mengharamkan pergerakan al-arqam (idea utama) kerana ia telah terkeluar daripada akidah Islam. (idea kawalan)

 

Idea kawalanlah yang hendak dibincangkan seterusnya iaitu memberi sebab-sebab ia terkeluar daripada akidah Islam yang menyebabkan ia diharamkan oleh kerajaan.

 

 

Pertalian dan pertautan (coherence and cohesion)

         asas penggabungan ayat dalam perenggan

penggunaan kata hubung serta petanda (links and connectors) yang menghubungkan satu ayat dengan satu ayat yang lain di dalam satu perenggan

         asas penggabungan antara perenggan

antara perenggan fizikal juga sepatutnya ada kesinambungan cara penulisan dan ideanya, satu cara yang biasa dilakukan adalah dengan mengulang ayat akhir perenggan yang awal dalam perenggan selanjutnya (harus juga ada pertalian antara perenggan pengenalan, perenggan-perenggan isi, dan perenggan penutup)

 

Pastikan ayat-ayat dalam sesuatu perenggan dikawal oleh ayat tajuk dan perenggan-perenggan di dalam sesuatu bab dikawal oleh kenyataan tesis, ini akan memastikan ada pertalian dan pertautan antara semua perenggan dan tidak terkeluar tajuk.

 

BENTUK PERENGGAN

 

justified & indented paragraphs

 

justified paragraph tiada indentasi pada permulaan penulisan perenggan, biasanya pada awal penulisan dan pada akhir penulisan

 

indented paragraph perenggan berindentasi, biasanya di tengah penulisan

 

perenggan justified boleh diikuti oleh perenggan justified dengan dua spacing antara perenggan

 

perenggan justified boleh diikuti oleh perenggan berindentasi dengan 1 spacing

 

perenggan berindentasi boleh diikuti oleh perenggan berindentasi dengan 1 spacing antara kedua-dua perenggan itu

 

perenggan berindentasi tidak boleh diikuti oleh perenggan justified

APAKAH TESIS?

Tesis ialah isu ataupun masalah yang memerlukan jawapan; dan penyelesaiannya boleh dicari/dikemukakan melalui kajian/penyelidikan yang dibuat berpandukan rasional dan fakta.

PUTARAN KAJIAN

ADA TESIS

RESEARCH QUESTIONS/ADA HIPOTESIS

JALANKAN KAJIAN

DAPATKAN DATA

ANALISIS DATA YANG DIPUNGUT

DAPAT SESUATU KEPUTUSAN

TERBIT SATU TEORI/HASILKAN SATU DAPATAN

TIMBUL HIPOTESIS SEMULA

 

 

Putaran Kajian 1

THESIS ?

6

THEORY 2

HYPOTHESIS/

RESEARCH QUESTIONS

5 (buat tinjauan

RESULT/DISCUSSION bacaan)

3

METHODOLOGY

(scientific/non-scientific)

(qualitative atau quantitative)

4

DATA ANALYSIS (pungut data)

primary or secondary data

 

Dua jenis hipotesis:

  1. hipotesis if/sekiranya
  2. statement/penyataan yang positif (jangan buat penyataan negatif)

 

 

Bab dalam penulisan tesis/disertasi:

1.      Pengenalan (menyediakan tapak/asas untuk penyelidikan)) biasanya penyelidik

a. latar belakang

b. isu dan masalah (penyataan masalah statement of the problem, teori/prinsip yang

dilanggar yang membawa kepada isu dan masalah yang dihadapi)

c. tujuan/objektif (konsep)

d. rasional

e. soalan kajian (biasanya 5 soalan) (dan)/hipotesis (konsep)

soalan kajian mesti berasaskan objektif kajian

f. skop/batasan kajian (rasional/prinsip)

g. penutup

(Bab satu berbentuk diskriptif)

2.      Tinjauan Bacaan (menunjukkan falsafah, konsep ) menulis ketiga-tiga

yang kita pegang itu boleh dibuktikan dengan falsafah, konsep

yang sedia ada, melalui pembacaan kita)

(Build up the case through quotations/citations of reading materials, mostly books and journals)

3.      Metodologi (memberi cara/kaedah hendak ) bab serentak

menjalankan kajian dengan memberi teori & prinsip)

4. Analisis data (memberi cara menganalisis data dengan membincangkan prinsip

dan rasional analisis data itu, dibuat secara kualitatif ataupun kuantitatif)

5. Keputusan dan perbincangan (memberi keputusan

dan membincangkan apakah rasional keputusan itu dicapai dengan memberi fakta dan logik)

6. Penutup (falsafah, konsep, teori, prinsip, dan rasional dinyatakan semasa

membuat keputusan kajian, decision-making/buat keputusan tentang hipotesis)

 

 

Tajuk penulisan:

Gejala merosakkan harta awam berpunca daripada kegagalan institusi keluarga menanam sikap menilai dan menghargai harta benda awam.

(sumber rujukan ialah dokumentasi berkaitan dengan penjenayah juvana yang boleh diperoleh daripada pihak polis)

 

Tinjauan Bacaan

Setiap perkataan yang ditebalkan/dihitamkan di dalam tajuk di atas perlu dirujuk dari buku-buku semasa kita membuat tinjauan bacaan, selain daripada membuat rujukan tentang kata-kata yang menunjukkan hubung kait antara perkara-perkara yang terdapat dalam tajuk. Walau bagaimanapun penulis mesti sudah ada pendirian sendiri tentang perkataan-perkataan ini dan tujuan penulis membuat tinjauan bacaan hanyalah untuk melihat sama ada orang lain bersependapat dengannya ataupun apakah yang dinyatakan oleh orang lain tentang perkara-perkara itu.

 

Metodologi

Dalam penyelidikan/kajian metodologi berasaskan teori dan prinsip, bersifat sangat rigid iaitu tidak boleh direka-reka, ini kerana kajian/penyelidikan mesti bersifat saintifik secara sistematik, tersusun, dan rapi

 

Tajuk:

Mathematical modelling in micromolecular crystallography

 

Literature review

First round read these topics individually:

mathematical modelling

micromolecular

crystallography

second round read the individual words and see their relationship:

mathematical modelling + micromolecular

mathematical modelling + crystallography

mathematical modelling + micromolecular

crystallography

Third round the reading must be done as a whole

 

Literature review yang baik berdasarkan pembacaan 30% buku dan 70% jurnal sebab jurnal bersifat lebih terkini dan berasaskan hasil penyelidikan. Buku-buku falsafah disifatkan sebagai evergreen dan boleh dibuat rujukan sepanjang zaman. Tinjauan bacaan tiada had masa dan boleh berlaku dari awal penyelidikan sehinggalah selesai penyelidikan kita. Oleh itu bab dua ini tidak boleh ditutup awal kerana mungkin ada lagi bahan bacaan baru yang hendak dimasukkan.

 

 

CARA MEMBUAT KERANGKA KARANGAN/ESEI:

 

boleh pilih beberapa cara:

 

      carta aliran

 

 

 

 

 


      awan

      pokok

      tulang ikan

      tapak tangan

 

 

STRATEGI MEMBACA UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT:

 

Tiga jenis pembaca:

independent reader pembaca pada peringkat bebas

instructional reader pembaca yang memerlukan

bimbingan/pengajaran

frustrational reader pembaca pada peringkat kecewa

 

top-down/bottom-up/interactive (Rumelhart)

 

top-down pembaca yang ada banyak maklumat/

pengetahuan/pengalaman tentang tajuk yang sedang dibaca (mendapat maklumat secara deduksi iaitu memilih perkara-perkara yang hendak dicari di dalam bahan bacaan), pembaca membaca buku pada peringkat bebas (independent reader), banyak membaca secara scanning

 

bottom-up pembaca yang kurang/tiada maklumat/

pengetahuan/pengalaman tentang tajuk yang sedang dibaca (mendapat maklumat secara induksi, sedikit-sedikit dan membina skemanya), pembaca membaca buku pada peringkat kecewa (frustrational level), perlu banyak bimbingan dan bantuan guru untuk memahami bahan yang dibaca, membaca secara skimming

 

interactive gabungan kedua-dua cara membaca antara bottom-up dan top-down kerana seseorang itu mempunyai ilmu pengetahuan yang berbeza-beza mengikut bahan yang dibacanya, pembaca membaca buku pada peringkat pengajaran (instructional level)

 

 

skimming, scanning, dan interactive

 

skimming satu proses membaca untuk mendapatkan maklumat am/umum (general ideas), mencari idea utama/ayat tajuk sahaja bagi membina skima (biasanya pembaca membaca kenyataan tesis/ayat tajuk/ayat pertama ataupun dua ayat pertama di dalam setiap perenggan), pembaca secara bottom-up bagi orang yang tidak ada banyak maklumat/pengetahuan tentang perkara yang sedang/hendak dibaca (analogi seperti membaling batu pada permukaan air laut/tasik, batu itu akan melompat-lompat, di mana batu itu melompat/mencecah air di situlah boleh didapati maklumat iaitu idea utama/ayat tajuk)

 

scanning satu proses membaca untuk mendapatkan maklumat tertentu (specific ideas) pembaca top-down bagi orang yang sudah ada banyak maklumat/pengetahuan tentang bahan yang hendak dibacanya, sudah tahu tujuan membaca iaitu untuk mendapatkan jawapan pada soalan-soalan yang hendak diberi jawapannya (analogi burung helang mencari ikan di dalam tasik, sudah ada cukup pengetahuan pada dirinya dan ia tidak pernah salah dalam pencariannya)

interactive gabungan antara strategi skimming dan scanning mengikut keperluan membaca, bagi kebanyakan pembaca

 

Untuk mendapat manfaat maksimum melalui pembacaan pelajar mestilah lakukan aktiviti-aktiviti sebelum, semasa dan, selepas membaca.

 

 

SQ3R (SQRRR) Robinson, 1936

(satu strategi belajar)

SQ survey dan question - aktiviti sebelum membaca

RR read dan recite aktiviti semasa membaca

R review aktiviti selepas membaca

 

S SURVEY - aktiviti sebelum membaca

seperti:

      lihat/pantau diri pembaca itu sama ada sihat atau tidak dan ketahui objektif pembacaan itu

      mencari tempat yang sesuai mengikut gaya belajar seseorang itu

      ada gangguan/tidak (cuba elakkan sebarang gangguan)

      mencari buku/bahan

      lihat pada bahan bacaan itu dengan menggunakan kemahiran membaca yang ada dengan melihat pada kulit buku, maklumat tentang penulis, m.s. CIP/penerbit, m.s. isi kandungan, prakata, indeks, glosari, akhir sekali isi buku itu

      jika dapati tidak ada banyak pengetahuan tentang bahan yang hendak dibaca buatlah sesuatu untuk meningkatkan pengetahuan cari bahan bacaan asas dari sumber-sumber tertentu - tanya rakan/pakar/rujuk pada komputer/kamus dll.

 

Q - QUESTION - juga aktiviti sebelum membaca, apabila sudah ada skima bina soalan-soalan dengan menggunakan 5w and 1h questions (what, when, where, who, why; dan how). Tanya pelbagai soalan kepada diri sendiri tentang objektif pembacaan, persediaan yang sedia ada pada diri, dll. Buat soalan secara bertulis bagi membantu proses pembacaan dan kefahaman nanti. Ini penting supaya pembacaan kita berobjektif.

 


(sebelum mula membaca pembaca haruslah membaca perenggan akhir dan perenggan pertama untuk mendapatkan maklumat umum tentang bahan yang hendak dibaca)

 

R - READ proses semasa membaca jangan baca keseluruhan bab tetapi bacalah sebahagian-sebahagian dan buat catatan berdasarkan soalan yang dibina, harus diingat bahawa pembacaan tidak selesai dengan sekali baca tetapi harus dibaca berkali-kali dengan objektif yang berbeza setiap kali membaca bahan itu, eloklah dibaca ayat pertama dan ayat terakhir di dalam perenggan

 

R RECITE aktiviti semasa membaca iaitu self-monitoring (metacognition thinking about your thinking), memantau diri sendiri sama ada faham apa yang dibaca dengan menjawab soalan yang dikemukakan sendiri (thinking aloud dan retelling), di sinilah aktiviti pensel dan kertas amat penting, mencatat segala pemantauan yang dibuat sama ada faham/boleh menerima pandangan penulis ataupun memberi pandangan yang berbeza daripada apa yang diberi oleh penulis itu

__________________________________________________

R REVIEW aktiviti selepas membaca iaitu dengan membuat nota, bercakap tentang apa yang dibaca, berbincang, bercerita, memberi tahu seseorang apa yang dibaca, ini akan mengekalkan ingatan pembaca terhadap bahan yang dibaca dan ini mesti dilakukan sebaik sahaja aktiviti membaca tamat kerana bahan yang dibaca masih ada di dalam ingatan; gaya perbincangan dan penerangan yang dibuat kepada pendengar dapat menentukan sama ada pembaca telah faham betul-betul, jika lancar/petah dan cara penerangannya mengikut susunan yang berstruktur, ini bermaksud pembacaan itu berkesan

 

BLOOMS TAXANOMY stages in questioning/
knowledge

 

K - KNOWLEDGE/PENGETAHUAN

C - COMPREHENSION/KEFAHAMAN

A - APPLICATION/APLIKASI

A - ANALYSIS/ANALISIS

S - SYNTHESIS/SINTESIS

E - EVALUATION/PENILAIAN

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

RDSSA/ssa/2004