disediakan
oleh
DR. HAJI RAZAK BIN DALI, P.K.T.
(Perunding
Ilmu Membaca dan Menulis)
1. Apakah Itu Penulisan?
Ramai
pegawai penyelidik, ketua jabatan, dan pegawai profesional di jabatan-jabatan
kerajaan mungkin pada satu tahap berasa tidak jelas, kurang pasti dan ada
kalanya tidak dapat membezakan antara pelbagai jenis teks bertulis yang
berkaitan dengan tugas harian mereka.
Akibatnya, timbul pelbagai masalah yang boleh menghalang dan membantut
tugas, kajian, dan projek penting yang hendak dijalankan.
Hal ini bukannya satu anggapan tetapi satu kebenaran. Rata-rata didapati pegawai kerajaan yang tamat pengajian dari IPT dengan diploma atau ijazah sarjana muda kurang mendapat peluang dan pendedahan dalam hal penulisan untuk menghasilkan kertas cadangan (kajian dan penyelidikan), kertas kerja (akademik dan bukan akademik) ataupun kertas laporan (saintifik dan bukan saintifik). Kalaupun mereka telah menghasilkannya, ia dilakukan selalunya bukan melalui tunjuk ajar tetapi melalui proses meniru atau proses cuba jaya.
Dalam proses penulisan ada kalanya
anda berasa tertekan dan tidak berminat.
Ini disebabkan anda disuruh atau terpaksa menulis dalam satu keadaan di
mana anda berasa tidak bersedia untuk melakukannya. Sungguhpun begitu sebagai seorang pegawai kerajaan ia menjadi
satu tanggungjawab yang mesti anda laksanakan dengan sebaik-baiknya. Maka untuk membolehkan anda melaksanakan dan
menjalankan amanah itu, terpaksalah anda melenggkapkan diri anda dengan
pengetahuan, kebolehan, kemahiran, dan strategi dalam bidang penulisan. Tambahan kepada faktor-faktor ini, faktor
afektif juga perlu diberikan perhatian.
Keperluan
asas yang anda perlukan untuk membolehkan anda menjadi seorang penulis ialah:
a)
pegetahuan bahasa
(fonetik, fonologi, morfologi, semantik, sintaktis, dan tatabahasa)
b)
pengetahuan tentang
tajuk (pengalaman yang diterima secara formal dan tidak formal)
c)
pengetahuan tentang
format, struktur, dan organisasi teks bertulis
d)
proses penulisan
e)
penyuntingan.
Di samping
itu anda juga harus mempunyai sifat-sifat berikut:
a)
ada keinginan untuk
menyampaikan maklumat
b)
percaya bahawa anda
dapat memberi sesuatu sumbangan
c)
tahu bahawa anda ada
kuasa/pengaruh (influence) untuk mengubah sesuatu
d)
tahu dan faham
bahawa pembaca ada hak untuk menolak dan memberi pendapat mereka.
Apabila anda berhadapan dengan satu tugas
menulis anda harus boleh menghadapinya dengan pandangan positif. Hasilnya, proses dan hasil penulisan itu
boleh dipandang sebagai satu kerja yang mencabar, menarik dan menyeronokkan.
2.
Memahami Bagaimana
Seorang Penulis Bertindak
Buat permulaan,
seseorang penulis itu perlu tahu tentang pelbagai aspek penulisan, keperluan,
pengetahuan, dan kemahiran yang membolehkannya membuat perbezaan antara menulis
bahan kreatif dengan menulis bahan berfakta (penulisan ekspositori dan
berorganisasi).
Sebagai
penulis kreatif, hasil karyanya itu pada umumnya merangkumi bahan-bahan
berbentuk prosa (cerpen dan novel) dan puisi (sajak). Penulis kreatif boleh bertindak dalam keadaan bebas dan tidak
terikat dengan peraturan dan syarat seperti dari segi struktur organisasi teks
itu. Begitu juga dengan isi
kandungannya, penulis tidak perlu mengemukakan bukti untuk menyokong idea-idea
yang diutarakan kerana apa yang ditulis itu datangnya atau wujudnya daripada
ilham, pemikiran atau ciptaannya sendiri.
Penulis teks kreatif pada umumnya menulis sesuatu karya itu berkaitan
dengan budaya, sosial, keagamaan, sains, dan teknologi yang dipandang dari kaca
matanya sendiri dan bukannya daripada hasil satu penyelidikan yang
saintifik. Isi kandungan karyanya ialah
hasil rekaan dan mungkin mempunyai hubungan dengan kehidupan yang pernah
dialami oleh penulis atau anggota masyarakat.
Penulisan
berorganisasi (penulisan ekspositori) bukannya rekaan. Penulisan sebegini mesti berasaskan fakta
yang sahih dan segala yang dikatakan itu telah pun dibuktikan. Penulisannya rapi, tersusun dan tidak
subjektif. Bahasanya mengandungi ayat
yang ringkas, mudah, padat, dan tepat.
Penulisan ekspositori memerlukan penulis membuat rujukan fakta yang
telah diperakui dan diterbitkan oleh pakar-pakar dalam bidang kajian atau
penyelidikan. Oleh itu sebelum anda
memulakan proses penulisan, anda perlu melihat dan menimbang soalan-soalan ini:
a)
Adakah kamu mempunyai satu tesis (subjek/perkara) yang menjadi isu dan
persoalan untuk dicari penyelesaian atau jawapannya?
b)
Adakah tesis itu wajar, penting dan sangat-sangat memerlukan jawapan?
c) Adakah jawapan dan penyelesaian yang akan
kamu dapati itu memberi sumbangan kepada bidang ilmu; dan pembanguanan manusia
dan negara?
d) Adakah tesis
itu mengutarakan satu perkara baru dalam bidang ilmu itu. Atau kamu melihat satu perkara dalam bidang
ilmu kamu (subjek semasa) dalam situasi yang berlainan?
Selain
daripada menjawab soalan-soalan di atas kamu juga perlu mempertimbangkan
kedudukan diri kamu sendiri:
a)
Apakah peranan
anda sebagai penulis?
b)
Apakah tujuan
anda menulis dalam situasi berlainan?
c)
Apakah imej diri
yang hendak anda utarakan?
d)
Bagaimanakah imej
itu hendak anda suaikan dengan bahasa yang digunakan?
e)
Bagaimanakah agaknya
reaksi pembaca terhadap penulisan anda itu?
f)
Apakah faktor
dalaman atau luaran lain yang boleh anda gunakan untuk memperelokkan penulisan
anda?
g)
Adakah penyelidikan
kamu itu benar-benar satu penyelidikan yang akan menghasilkan satu penemuan
atau penyelesaian kepada persoalan yang diutarakan; atau ia hanya untuk
memenuhi syarat pengijazahan?
3. Bagaimana Anda Menghadapi Proses
Penulisan Dalam Situasi
Yang Berlainan
Selalunya
anda menulis dalam keadaan tertekan, sama ada disebabkan oleh faktor-faktor
luaran ataupun dalaman. Walau
bagaimanapun anda perlu menulis kerana ia merupakan tugas dan
tanggungjawab. Oleh itu penulisan yang
anda lakukan itu haruslah memberi pengertian dan sumbangan kepada
anda. Kerja yang dihasilkan itu pula
harus mendatangkan kejayaan dan kepuasan kepada diri anda dalam melaksanakan
tugas.
Pengetahuan tentang proses menulis bermula dengan mengetahui konsep, prinsip, dan rasional setiap satu bentuk dan aspek penulisan itu dengan sejelas-jelasnya dan untuk menentukan kejelasannnya penulis harus dapat menjawab soalan-soalan berikut:
a)
Apakah yang difahami
tentang kertas cadangan/kertas kerja/laporan
(konsep/prinsip/rasional/definisinya)?
b)
Bagaimanakah hendak
mengenali dan membandingkan antara kertas cadangan, kertas kerja, dan laporan?
c)
Mengapakah kertas
cadangan, kertas kerja, dan laporan ditulis?
d)
Apakah persediaan
untuk melaksanakan tugas ini?
e)
Apakah pengetahuan
dan kemahiran yang anda perlu ada?
f)
Siapakah yang akan
membaca hasil penulisan anda itu?
Proses
penulisan memerlukan anda menulis tidak dalam keadaan terpisah (in isolation)
tetapi dalam konteks atau situasi tertentu:
a)
Adakah anda menulis
secara individu atau berkumpulan?
b)
Adakah had masa yang
diberi untuk menyelesaikan tugas?
c)
Adakah tugas itu
melibatkan kerja luar atau dalaman?
d)
Bagaimanakah hendak
menentukan tajuk atau idea yang hendak ditulis?
e)
Berapa banyakkah
yang hendak dihasilkan?
f)
Apakah matlamat dan
tujuan anda?
g)
Bagaimanakah anda membuat
keputusan tentang menyusun dan membentuk idea gaya penyampaian yang terbaik?
Dari awal keputusan anda hendak menulis
anda akan berhadapan dengan keperluan membuat pelbagai keputusan yang kompleks
seperti:
a)
sebab menulis
(arahan tugas, pembinaan diri, atau minat)
b)
isu atau perkara
yang hendak diketengahkan (ditentukan atau pilihan sendiri)
c)
untuk satu kumpulan
pembaca tertentu (pembaca dalaman
atau luar)
d)
jenis tulisan yang
ditetapkan (ringkas atau lengkap)
e)
perasaan terhadap
penulisan (tertekan atau selesa)
f)
pengalaman dan
latihan yang anda ada (formal atau bukan formal)
g)
faktor luaran
seperti tarikh akhir, ketepatan maklumat, dan perkara-perkara lain.
Anda perlu sedar peranan penulisan dalam
kehidupan peribadi dan profesional anda.
Menulis tidak datang dengan mudah.
Anda perlu sanggup menggunakan masa dan tenaga untuk membolehkan anda
menulis dengan baik. Menulis itu satu
aktiviti yang penting dalam perkembangan dan pembangunan kerjaya anda.
4.
Organisasi Makro Di Dalam Sebuah Teks Bertulis (Anatomi Teks)
Kulit Hadapan Buku - tajuk, nama
penulis, nama penerbit
Muka Surat Tajuk - ditulis dalam muka surat berasingan
Kata Pengantar - hanya
perlu jika ada kenyataan yang hendak dikatakan
oleh
orang lain selain daripada penulis
Isi Kandungan - perlu jika hasil penulisan melebihi dua puluh (20) muka
surat (nombor Arab sahaja digunakan)
- sistem nombor mestilah tepat dengan
tajuk-tajuk yang
disenaraikan
Prakata - kenyataan yang ditulis oleh penulis
(merujuk kepada
pelbagai aspek penulisannya)
Pengenalan - memberi pandangan umum dan meluas tentang
tajuk penulisan bergantung kepada
pengalaman dan
pengetahuan penulis
Bab -
tesis dan idea-idea penulis
Apendiks - maklumat
tambahan
Indeks - senarai perkataan penting (idea)
Bibliografi/Rujukan - menyatakan bahan
bacaan yang dirujuk
-
tandakan dengan jelas jika ada bahan yang dipetik dan
dimuatkan dalam penulisan anda
Glosari - kamus mini
5.
Ciri-Ciri Organisasi Mikro Di
Dalam Sebuah Penulisan
Dalam proses penulisan anda perlu mempunyai
konsep yang jelas dan tepat tentang ciri yang terdapat di dalam organisasi
mikro (di dalam bab dan di dalam perenggan):
a)
Tajuk (tesis, idea,
fakta dsb.)
b)
Perenggan
perenggan pengenalan
perenggan fizikal
perenggan isi
perenggan konseptual
perenggan ideasional
perenggan subideasional
perenggan penutup
c)
Ayat
ayat tesis
ayat tajuk
ayat keterangan
ayat contoh
ayat penutup
d)
Isi/Idea
idea utama
idea kawalan
idea sokongan
contoh
e)
Retorik
retorik perenggan
retorik bab (biasanya bersifat
eklektik [eclectic] - gabungan beberapa
retorik)
f)
Koherensi dan
kohesif (pertalian dan pertautan)
koherensi ayat
koherensi perenggan
koherensi bab
6.
Pelbagai Bentuk Teks
Bertulis
Apabila anda
sudah jelas dengan tujuan melakukan kerja di atas proses menulis sudah
bermula. Proses penulisan tidak boleh
dilakukan tanpa perancangan yang teliti.
Penulis akan memulakan penulisan dengan membentuk satu kerangka yang
diisi dengan butir-butir yang didapati dari hasil pembacaan dan penyelidikan
sama ada di perpustakaan atau melalui soal selidik dan sebagainya.
Penulis dari awal menetapkan
jenis penulisan yang hendak ditulis - adakah kertas cadangan, kertas kerja,
atau satu laporan. Setiap satu
mempunyai format yang tersendiri yang harus diketahui oleh penulis. Bentuk tulisan begini biasanya disebut "organisational writing" ataupun
"expository writing" iaitu tulisan berasaskan fakta.
6.a)
Kertas Cadangan
Penulis pada permulaannya harus faham bahawa
tiada satu definisi atau penerangan yang tepat boleh diberikan tentang
perkataan ataupun konsep 'cadangan'.
'Cadangan' boleh bersifat pelbagai bentuk. Antaranya ialah:
·
Ada yang berkaitan
dengan penyelidikan atau kajian (research proposal) yang berbentuk akademik. (kertas
cadangan kajian)
·
Ada pula yang
berkaitan dengan penghujahan tentang sesuatu falsafah, konsep, atau teori iaitu
satu hujah akademik tentang sesuatu pemikiran ataupun pandangan. (kertas
konsep)
·
Ada pula yang
merupakan satu penghujahan dalam mengutarakan sesuatu pemikiran dalam membina,
mendirikan, mewujudkan sesuatu usaha yang pada konsep dan teorinya boleh
dilaksanakan (bukan bersifat akademik/ilmiah).
Penulisan kertas cadangan
bermula dengan adanya tesis (pandangan, pendapat, pemikiran yang menjadi
satu isu dan permasalahan kepada penulis yang memerlukan jawapan dan boleh
dicari melalui kajian). Penulis
berharap untuk mencari penyelesaian dan jawapan terhadap tesis yang wujud dalam
pemikirannya itu. Ia satu tugas yang
memakan masa yang lama dan susah.
Proses mencari jawapan
kepada tesis yang dibangkitkan itu perlu dijalankan secara saintifik. Semua tindakan yang dilakukan mesti dipertanggungjawabkan,
ada alasannya, ada dalilnya, boleh dihitung dan diukur.
Format kertas
cadangan penyelidikan atau kajian pada umumnya mempunyai susunan dan
tajuk-tajuk berikut:
Contoh tajuk: PELEPASAN
SISA KUMBAHAN INDUSTRI, KESANNYA TERHADAP ALAM SEKITAR: KAJIAN KES KILANG DI
KAWASAN BUKIT MINYAK
a)
Pengenalan, ada:
i.
latar belakang
ii.
isu dan masalah
iii.
matlamat/tujuan/objektif
iv.
skop kajian
v.
soalan kajian dan
hipotesis
Soalan kajian:
Mengapakah ia berlaku?
Mengapakah langkah-langkah yang diambil
itu tidak berkesan?
Hipotesis:
Perbelanjaan untuk mengawal keadaan di
tempat itu akan berkurangan jika penguatkuasaan berkesan
Hidup orang di kawasan itu akan menjadi
lebih sihat
vi.
limitation of
terms/definition of terms
b)
Tinjauan Bacaan (literature review)
adakan pegangan/pandangan kita dahulu kemudian bacalah bahan-bahan bagi melihat
apa yang diperkatakan orang lain tentang tajuk itu untuk menguatkan
pegangan/pandangan kita itu, jangan baca apa pandangan orang lain kemudian baru
hendak membentuk pegangan kita kerana kita akan terpengaruh dengan pandangan
orang lain
c)
Metodologi sama ada secara kuantitatif
ataupun kualitatif (cadangan sahaja) - kaedah untuk mendapatkan data
daripada golongan sampelan kita, pilih satu kaedah saja supaya tidak
membebankan kita apabila kita menganalisis data nanti, mesti ada:
i.
subject of the
research (proses persampelan - memberi
kriteria pemilihan)
ii.
materials of the
research (bahan-bahan yang digunakan dalam kajian)
iii.
instrumen of the
research melibatkan kajian behavioural (e.g. soalan temu duga, kertas ujian,
dll.)
iv.
procedure of the
research (diberi/dinyatakan secara terperinci dengan memberi langkah-langkah
satu persatu dan juga secara kronologi)
v.
pilot study (kajian
rintis dilaksanakan dengan satu kumpulan lain, iaitu bukan subject kita
yang sebenar) untuk menguji sama ada instrumen kita sesuai/tidak
(Etika
penyelidikan janji penyelidik kepada subject of the research iaitu segala
yang didapati terutamanya yang berkaitan dengan hal-hal peribadi subject itu
akan dijamin kerahsiaannya)
·
primary data yang dipungut sendiri melalui kaedah yang
dipilih sama ada melalui soal selidik, temu ramah dll. lebih baik data ini
kerana penyelidik akan dapat rasakan susah payah memungut data
·
secondary data mengambil data daripada hasil kajian orang
lain
e)
Keputusan dan Perbincangan (andaian
hasil yang akan diketemui) penyelidik hanya membuat satu andaian hasil yang
akan diperolehi sekiranya dia mengikut apa yang telah ditulis dalam a, b, c,
dan d; dan dapat menjangka apakah sumbangan kajiannya itu kepada jabatannya,
organisasinya, dan negara
f)
Penutup mengulang penyataan
tujuan/objektif
g)
Bibliografi/Rujukan
(kertas cadangan ini
mestilah dikemukakan kepada ketua jabatan/lembaga untuk diteliti dan
diberi persetujuan supaya ia boleh diteruskan dan diberi pembiayaan. Apabila ketua jabatan telah bersetuju pada
dasarnya untuk projek/kajian itu dilaksanakan, penyelidik akan diminta
menyediakan dan menghantar kertas kerja untuk diteliti tentang pembiayaannya
dan untuk mendapat kelulusannya.)
(DI DALAM
KERTAS CADANGAN ADA KERTAS KERJA
[untuk memohon wang pembiayaan, memohon kebenaran dan kelulusan membuat sesuatu
ataupun mendapatkan sesuatu kemudahan] TETAPI
DI DALAM KERTAS KERJA TIADA KERTAS CADANGAN)
6.b)
Kertas Kerja
Seperti yang dibincangkan tentang 'kertas cadangan', kertas kerja'
juga tidak dapat diberi definisi atau takrifan yang tepat. Pada umumnya 'kertas kerja' ditulis dengan
tujuan untuk mengutarakan penghujahan tentang alasan dan bukti yang boleh
diberikan untuk mendapatkan sesuatu seperti kelulusan untuk satu 'peruntukan
kewangan' (funding) atau kelulusan menjalankan sesuatu projek dan sebagainya.
Dalam bidang akademia/ilmiah
penulisan 'kertas kerja' pada asasnya tertumpu kepada penghujahan balas
kepada sesuatu penemuan atau keputusan daripada sesuatu penyelidikan. Penghujahan sebegini selalunya ialah reaksi
atau pendapat seseorang yang berpegetahuan dalam bidang tertentu dan
menyatakan penerimaan atau penolakan, persetujuan atau bangkangan terhadap
penemuan atau hasil penyelidikan orang lain.
Organisasi kerta kerja
dengan kertas cadangan hampir serupa.
Sungguhpun begitu ada beberapa perkara yang ditambah di dalam kertas
kerja. Format kertas kerja untuk
mendapatkan kelulusan ditulis berdasarkan tajuk-tajuk berikut:
a)
Pengenalan (kenyataan akhbar/laporan ataupun kata-kata yang pernah
diluahkan oleh seseorang tentang perkara yang hendak dilaksanakan itu) dan
Latar Belakang (berbentuk sejarah - gunakan soalan 5w [what, where, when,
who, why] dan 1h [how])
b)
Tinjauan Bacaan
c)
Penerangan
yang terperinci tentang tujuan kertas kerja (huraikan) seperti
memulakan perniagaan, projek, atau program latihan
d)
Implikasi
Kewangan (secara terperinci) biasanya yang diberi secara satu persatu dalam
lampiran
e)
Proses
Pelaksanaan (secara terperinci) yang diberi secara kronologi itu sepatutnya diberi
dalam lampiran juga
f)
Implikasi Pelaksanaan (jangkaan
kepada kumpulan yang disasarkan)
g)
Keputusan dan
Perbincangan (jangkaan sumbangan kepada jabatan,
negeri, dan negara)
h)
Penutup (Penegasan semula tentang tujuan
kertas kerja ini iaitu kebaikannya)
i)
Bibliografi/Rujukan
j)
Lampiran
(Appendix)
6.c)
Kertas Laporan (satu penghujahan tentang aktiviti/perkara
yang telah berlaku)
Menulis laporan merupakan satu pengenalan yang baik kepada
prinsip-prinsip pemikiran kritis, perancangan, dan organisasi yang digunakan
dalam menghasilkan satu dokumen yang kompleks.
Anda mungkin bertanya mengapa laporan perlu ditulis? Ini ialah sebahagian daripada jawapan yang
dapat diutarakan:
a)
membolehkan anda menyimpan rekod
b)
memaklumkan perkembangan/pelaksanaan projek
kepada pegawai di jabatan anda
c)
menyampaikan maklumat tentang kejayaan dan
kegagalan
d)
untuk berurusan
dengan mereka yang ada kaitan dengan tugas anda
e)
untuk membolehkan
mereka yang berkenaan terus mahu berurusan dengan anda
f)
untuk memaklumkan perkembangan projek-projek
yang sedang dan telah dilaksanakan kepada mereka yang berkenaan
g)
untuk menggalakkan
perkembangan projek hasil kejayaan anda
h)
supaya orang lain
boleh belajar daripada kejayaan anda
i)
untuk membolehkan penyelidik meneruskan
kajian mereka
j)
untuk hal-hal penilaian
k)
untuk kegunaan
kerajaan dalam membina dan melaksanakan dasar
Sebelum menulis kertas
laporan anda perlu sedar bahawa kertas laporan membentangkan apa yang
telah dilakukan. Oleh itu
tumpuannya adalah kepada hasil, implikasi, kesan, dan impak tujuan asal kertas
cadangan kajian atau kertas kerja diadakan.
Laporan digunakan dengan meluas untuk menyimpan rekod dan menyampaikan
hasil sesuatu kerja. Laporan juga
memberi asas untuk membuat keputusan dan melaksanakan tindakan.
Tajuk yang dimuatkan ialah:
a)
Abstrak
(hanya dalam laporan penyelidikan,
penyelidikan boleh jadi pendek seperti one shot case study sehinggalah sesuatu
yang paling panjang) maksimum 120 pp,
1 perenggan sahaja, abstrak menjawab tiga soalan:
·
mengapa kajian
dijalankan
·
bagaimana kajian dijalankan
·
apakah hasil kajian
(bagi laporan jenis lain [bukan hasil
penyelidikan tetapi yang bersifat ilmiah] tidak dimasukkan abstrak tetapi
tulislah summary/
ringkasan, bagi penulisan kreatif pula ditulis sinopsis)
b)
Jadual Isi Kandungan (jika lebih daripada
20 m.s. kertas A4)
c)
Pengenalan
i.
latar belakang (sama
ada berbentuk historical report/pandangan orang/laporan akhbar/satu kenyataan
yang dibuat oleh seseorang yang terkenal dll. berikan sumber rujukan/petikan
yang diambil)
ii.
isu dan masalah
iii.
matlamat/tujuan/objektif
iv.
skop kajian seluas
mana/sebanyak mana yang hendak dilakukan
v.
proses persampelan
(memberi kriteria pemilihan)
vi.
soalan kajian dan
hipotesis
vii.
limitation of
terms/definition of terms
d)
Tinjauan Bacaan (ringkas) adakan
pegangan/pandangan kita dahulu kemudian bacalah bahan-bahan bagi melihat
apa yang diperkatakan orang lain tentang tajuk itu untuk menguatkan
pegangan/pandangan kita itu, jangan baca apa pandangan orang lain kemudian
baru hendak membentuk pegangan kita kerana kita akan terpengaruh dengan
pandangan orang lain (kata-kata yang terkandung dalam tajuk kita seperti amalan,
nilai murni, orang kampung,
-
berdasarkan tajuk kajian kita yang kita jangka agak perlu dilihat pandangan
orang lain sama ada sama/tidak dengan pandangan/pegangan kita)
e)
Metodologi (yang telah diluluskan dan
dijalankan, secara ringkas)
i.
proses persampelan
(subject of the research)
ii.
materials of the
research (borang soal selidik, rakaman pita video, teks mengajar/ceramah dll.,
jika tiada materials of the research yang digunakan dalam kajian tidak perlu
masukkan tajuk ini)
iii.
instrumen of the
research (perkaedahan menjalankan penyelidikan sama ada gunakan kaedah soal
selidik paling panjang 40 soalan termasuklah setiap pecahan soalan,
paling senang soalan yang memerlukan jawapan ya/tidak, soalan yang berbentuk
kenyataan sama ada kenyataan positif ataupun negatif, hipotesis dapat menentukan kategori soalan dan penyelidik eloklah
menyenaraikan soalan kajiannya mengikut kategorinya yang dijadikan subtajuk
soalan; kaedah memasang pita rakaman
dll. - gunakan satu instrumen sahaja dengan setiap kumpulan sebab jika guna
lebih daripada satu instrumen sukar hendak menjalankan kajian dan sukar hendak
menganalisis data yang dikutip)
iv.
procedure of the
research (langkah-langkah kajian atau penyelidikan dilaksanakan)
v.
pilot study (kajian
rintis) bagaimana/di mana/dengan siapa kajian rintis penggunaan instrumen itu
telah lakukan dan dapatannya (jangan buat kajian rintis dengan target group
kita/kumpulan yang menjadi pilihan sampelan kita)
f)
Analisis Data (yang telah diluluskan
dan digunakan, secara ringkas)
Bagaimana data
dianalisis amat penting, apakah yang dibuat dengan data itu?
Dalam menganalisis
data yang dipungut itu bolehlah dibuat akuran, dikira peratusannya,
apakah keputusan/tafsiran/rumusan yang didapati berdasarkan peratusan
jika dilihat semula pada hipotesis kita tadi sama ada positif ataupun negatif
untuk setiap satu soalan yang dikemukakan; selepas itu lakukan analisis
mengikut setiap satu kategori
g)
Keputusan dan Perbincangan (kesan terhadap subjek kajian dan juga
sumbangan kepada bidang ilmu, secara
terperinci) ulas mengikut setiap satu soalan kajian/hipotesis secara
terperinci
h)
Penutup
(jangkaan dan pandangan untuk masa hadapan) selain daripada memberi penegasan
semula objektif kita pengkaji boleh berbentuk memberi cadangan/garis
panduan/nasihat, memberi satu model/contoh untuk diikuti oleh orang/kampung
lain, memberi keputusan/membuat pilihan
i)
Bibliografi/Rujukan
j)
Lampiran
(Appendix)
(bagi laporan yang menyatakan sudah siap
sesuatu aktiviti berikan secara kronologi:
pengenalan - latar belakang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan mengikut kronologi, dinyatakan segala aspek pelaksanaan aktiviti itu termasuklah bahan-bahan dan alat serta jentera yang telah digunakan semasa melaksanakan aktiviti itu) - penulisan ini dilakukan dalam perenggan pengenalan, perenggan isi yang terdiri daripada perenggan konsep, perenggan ideasional, dan mungkin juga ada perenggan subideasional; dan perenggan penutup
7.
Proses Penulisan Langkah Demi Langkah
Reka bentuk penulisan elok dimulakan dengan
memikirkan proses penulisan secara berurutan dan langkah demi langkah. Semasa proses ini berjalan anda akan
melakukan sedikit pembetulan dan penyesuaian langkah-langkah penulisan. Gunakan senarai di bawah ini sebagai titik
permulaan penulisan anda.
Prinsip-prinsip utama ialah:
a)
kenal pasti masalah
(tesis)
b)
tanya soalan yang
jelas dan tepat, sebanyak yang boleh (persoalan atau hipotesis)
c)
hadkan skop tajuk
penulisan, yang benar-benar menarik perhatian anda dan dalam bidang pengetahuan
anda (hubung kait antara subjek dan isu kajian)
d)
buat satu kerangka
yang jelas untuk memperlihatkan skema tajuk (kerangka teori); jika boleh buat
satu jadual penulisan juga sebagai satu garis panduan kerja kita
e)
tulis apa yang
diketahui, bukan apa yang tidak diketahui tentang masalah (data harus
berasaskan fakta yang boleh disokong dengan dokumen yang diterbitkan)
f)
kenal pasti
kemahiran dan maklumat yang diperlukan untuk menjawab soalan
g)
pilih pendekatan dan
kaedah untuk mengumpul maklumat (sumber maklumat - boleh buat penyelidikan
perpustakaan/library research, tanya kepada pakar, buat soal selidik, adakan
temu bual, dll.)
h)
terangkan dapatan
atau hasil yang dicari dari penulisan itu
i)
nyatakan dengan
tepat bahan keperluan dan implikasi kewangan
8.
Latar Belakang Dan
Kajian Semula Bahan
Bacaan Yang Berkaitan
Sebelum
seseorang penulis itu memulakan penulisannya, satu aspek persediaan penulisan
yang perlu diutamakan ialah dia melakukan kerja-kerja mencari maklumat tentang
kesesuaian kerja yang hendak dilakukannya itu.
Penulis akan berhadapan dengan penyataan berkaitan dengan
"viability, feasibility dan reliability" kerja kajian yang hendak
dilakukan itu.
Ini memerlukan
penulis banyak membaca bahan asas dan bertanya kepada rakan-rakan, pakar atau
mereka yang berpengalaman tentang tajuk yang hendak ditulis itu. Antara soalan penting yang memerlukan
jawapan:
a)
Sudahkah anda
membuat tinjauan dan menerangkan kesesuaian kajian ini dengan masalah yang
diutarakan?
b)
Sudahkah anda membuat
tinjauan pendapat‑pendapat pakar yang ada tentang masalah ini?
c)
Sudahkah anda
merumuskan pendapat‑pendapat pakar tentang kajian ini?
9. Penggunaan dan Pemantapan Bahasa (Bahasa Melayu dan Inggeris)
Setiap penulis harus cuba menguasai bahasa
Melayu dan Inggeris dengan sebaiknya iaitu tahu tentang selok belok
bahasa. Penulis perlu membuat semakan
manuskripnya sebelum boleh mencetak dan mengedar hasil kerjanya itu. Hasil yang baik atau lemah memberi refleksi
terhadap imej diri anda, pertamanya anda sebagai seorang pegawai dan kedua
sebagai seorang penulis.
Mencurahkan titik peluh dan tenaga sepenuhnya dalam usaha menghasilkan satu kerja penulisan yang bermutu tidak banyak menampakkan ganjarannya. Hasil kajian yang dilakukan itu juga belum pasti dapat mengubah keadaan yang sedia ada secara mendadak tetapi ia tetap dapat memberi satu sumbangan, walaupun kecil, kepada bidang ilmu dan juga bidang tugas anda. Namun yang pasti, penghasilan satu bahan penulisan yang bermutu akan mendatangkan perasaan puas dan bangga kepada setiap penulis.
10.
Rumusan Langkah-Langkah Penulisan
Panduan yang disenaraikan ini dapat
memandu anda menyemak kerja-kerja yang dijalankan secara
berperingkat-peringkat.
a)
pilih dan
hadkan tajuk anda
b)
sempitkan dan
fokuskan tajuk anda
c)
cadangkan tesis yang
berfungsi
d)
tulis kenyataan
tesis yang tentatif
e)
cari dan kaji unsur‑unsur
maklumat yang sesuai
f)
ambil dan kumpul
maklumat
g)
bentuk rangka
yang berfungsi
h)
susun draf kasar
i)
tulis dan semak draf
j)
tulis draf akhir
k)
semak draf akhir
l)
sediakan senarai rujukan
dan bibliografi yang berfungsi
RDSSA/ssa/2004